Bilakah Kita Kali Terakhir Pergi ke Masjid Sebelum Azan Berkumandang?

Sering kali kita datang ke surau atau ke mesjid dalam keadaan tergesa-gesa bahkan hampir selalu masbuk,terlambat satu atau dua rakaat. Apa yang menjadi sibuk sangat, kecuali hanya berlama-lama di kedai kopi Pernahkah kita sedari banyak masa terbuang di kedai kopi, padahal kita boleh bergegas tinggalkan seketika aktifitas yang sememangnya besok boleh dilanjutkan.


Orang soleh dahulu menganjurkan supaya datang ke masjid sebelum azan berkumandang. Demikian yang dilakukan oleh Imam Ahmad, beliau berjalan menuju ke masjid sebelum azan ketika shalat subuh.
Demikianlah cara mereka memuliakan shalat. Shalat adalah benda yang sangat bernilai pada pandangan mereka.
Memuliakan shalat adalah salah satu yang membuat Allah ridha.


Shalat diawal waktu, shalat berjamaah selalu lima waktu baik di surau, di rumah atau di mana saja adalah salah satu perkara yang dijamin oleh Allah mudah rezeki bagi pelakunya.
Jika waktu shalat tiba tinggalkan dahulu perrsoalan mencari rezeki, persoalan dunia. Jangan terlalu berbimbang sangat dengan dunia, kerana dunia ini milik Allah SWT. Jangan berbimbang sangat soal rezeki, kerana semua rezekimu adalah daripada Allah SWT. Jika Allah ridha insyaAllah semua akan mudah.






Ibnuhajar Nurdin
Hanya sebuah catatan

Catatan popular daripada blog ini

7 Rahasia Bahagia Hidup Dunia dan Akhirat

Ternyata kerja di Australia lagi hebat

Beberapa pemikiran yang dapat menganggu kebahagiaan.