Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Amalan Tiga Minit Membawa ke Syurga.

Imej
Ayat Kursi Tetap di rumah saja, selama covid19 ini memberi banyak peluang kita untuk melaksanakan ibadah. Meski demikian ada juga diantara kita yang tetap sibuk. Walaupun tergesa-gesa bagaimana  sekalipun kita, berusahalah selepas selesai solat fardhu bacalah ayat kursi .  "Barangsiapa yang membaca ayat Kursi pada akhir setiap solat fardhu, maka tidak ada yang menghalanginya memasuki Syurga kecuali kematian [HR. at-Thabrani: 7532]" Tergesa-gesa mahu pergi kerja setelah selesai solat subuh, sambil bangun dan berjalan, bacalah juga. Moga Allah sempurnakan pahala dan ganjaran ini buat kita di Sana kelak. Allahumma Aamien

Qurban itu Bukan Sekedar Tradisi Megang

Imej
Sembelih Qurban Pada Idul Qurban tahun ini semoga banyak ternak yang disembelih itu karena taat berqurban bukan karena tradisi megang. Hari raya pun sudah berlalu, tetapi kita tetap perlu berqurban.... Kalimah "qurban" merupakan salah satu kalimah dalam bahasa arab yang membawa maksud: dekat / mendekatkan. Maka, antara hikmah berqurban atau dalam bahasa melayu berkorban ialah sekiranya kita mahu mendekatkan diri pada sesuatu maka kita perlu "berkorban". Kita mahu mendekatkan diri kepada Allah swt,  maka kita perlu "berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya masa, harta / wang dan tenaga dalam beribadah dan beramal. Kita  mahu berhasil dan hidup senang, maka kita perlu "berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya dengan berkorban tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh. Kita mahu dekatkan diri dengan keluarga kita, maka kita perlu " berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya, korbankan perkara yang tidak penting den