Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Parlok Lemah Aceh Rebah

Imej
Sesungguhnya perpecahan menatijahkan kelemahan. Kelemahan membawa rebah. Itulah strategi lawan yang tidak lelah memikirkan bagaimana hendak memecah dan melemahkan kesatuan kita warga Aceh. Perjalanan hidup kita ini masih jauh, dan untuk mencapai sesuatu kejayaan itu tidak mudah.  Ada kala jalannya lurus, ada ketika jalannya bengkang-bengkok, dan ada ketika juga kita perlu mengharungi sungai dan lautan. Datanglah apa rintangan sekali pun, sekiranya semangat dan pendirian kita berpaksikan kepada tanggungjawab dan juga kepentingan bangsa Aceh menjadi keutamaan, saya yakin dan percaya ia pasti mendatangkan kebaikan untuk semua. Jangan sesekali berputus asa!  Hai pemimpin di Aceh pertahankan maruah dan hak negeri kita bersama. Gunakan kuasa yang ada pada tangan anda dan jangan sesekali gadaikan masa depan anak cucu kita nanti.  #BerpaduDemiMaruah