Qurban itu Bukan Sekedar Tradisi Megang

Sembelih Qurban


Pada Idul Qurban tahun ini semoga banyak ternak yang disembelih itu karena taat berqurban bukan karena tradisi megang. Hari raya pun sudah berlalu, tetapi kita tetap perlu berqurban....

Kalimah "qurban" merupakan salah satu kalimah dalam bahasa arab yang membawa maksud: dekat / mendekatkan. Maka, antara hikmah berqurban atau dalam bahasa melayu berkorban ialah sekiranya kita mahu mendekatkan diri pada sesuatu maka kita perlu "berkorban".

Kita mahu mendekatkan diri kepada Allah swt,  maka kita perlu "berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya masa, harta / wang dan tenaga dalam beribadah dan beramal.

Kita  mahu berhasil dan hidup senang, maka kita perlu "berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya dengan berkorban tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh.

Kita mahu dekatkan diri dengan keluarga kita, maka kita perlu " berkorban" sesuatu untuk mengecapinya. Antaranya, korbankan perkara yang tidak penting dengan luangkan masa dengan mereka.

Begitulah seterusnya... , mahu dekatkan diri dengan sesuatu, maka perlu ada "pengorbanan" pada sesuatu terlebih dahulu. Berkorbanlah pada sesuatu perkara yang menggembirakan kita di dunia dan akhirat.


Catatan popular daripada blog ini

7 Rahasia Bahagia Hidup Dunia dan Akhirat

Ternyata kerja di Australia lagi hebat

Beberapa pemikiran yang dapat menganggu kebahagiaan.