Apakah Yang Membuatkan Kamu Masuk ke Dalam Neraka Saqar?


Masihkah ada yang malas melakukan solat ? Masihkah ada yang menafikan shalat ? Dalam kehidupan sehari-hari  ramai orang karena kesungguhannya dalam mencari rezeki sehingga melupakan shalat. Anak muda keasikan main dari pagi hingga ke malam dengan  sengaja telah meninggaikan shalat. Yang muda bahkan yang tua sekalipun berlama-lama di kedai kopi tak pedulikan shalat.
Padahal di dalam neraka nanti orang yang tidak solat akan ditanya, "Apakah yang membuatkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?"
Mereka menjawab, "Kami dahulu tidak termasuk di kalangan orang-orang yang mengerjakan solat." (Surah Al Muddatsir, ayat 42-43)
Semoga bukan kita yang memberikan jawapan yang sedemikian nanti.

Solatlah di awal waktu. Jangan sengaja melewat-lewatkan solat hingga akhir waktu.
Persoalan mencari rezeki, jangan terlalu berbimbang sangat dengan dunia, kerana dunia ini milik Allah SWT. Jangan berbimbang sangat soal rezeki, kerana semua rezekimu adalah daripada Allah SWT. Jangan berbimbang sangat dengan masa depanmu, kerana masa depanmu di bawah kekuasaan Allah SWT.


Fokuslah dengan satu perkara ini, yaitu bagaimana menjadikan Allah SWT redha kepadamu.
Sesungguhnya jika Allah SWT redha kepada kamu, Allah SWT akan menjadikan manusia lain redha denganmu dan Dia akan mencukupkan rezekimu dan tidak bergantung kepada orang lain.(ib)




Catatan popular daripada blog ini

7 Rahasia Bahagia Hidup Dunia dan Akhirat

Ternyata kerja di Australia lagi hebat

Beberapa pemikiran yang dapat menganggu kebahagiaan.